Friday, May 23, 2014

Kucing Kucing









Puss in Boots (Kucinglah kan)

            Seperti yang korang baca dan lihat kat profile aku (kalau tertengoklah), aku ni peminat tegar kucing. Apa-apa jenis kucing pun aku minat. Ada bulu ke, tak ada bulu ke asalkan namanya kucing memang aku adalah peminat setia. Pernah sekali aku bela banyak kucing kat rumah. Sayang punya pasal sangup tido sebilik, makan sepinggan dengan kucing-kucing aku. Kalau nak tanya pasal calar balar kat tangan tu, tak payah cerita la. Tiap-tiap hari ada je tanda kawasan kat mana-mana bahagian tangan, kaki dan muka aku. Walaupun begitu, aku seronok.  Terasa macam tenang sangat bila dapat pegang bulu kucing-kucing aku yang lembut, bila tengok aksi dan gelagat yang lucu-lucu dan rasa puas bila tengok kucing-kucing membesar dengan sihat. Tapi bila tiba time kucing-kucing aku pergi mengahadap Ilahi, rasa sedih tu tak dapat dibayangkan sampai tak boleh nak menangis (mcm mana tu,sedih tapi x boleh nak menangis). Beginilah kitaran hidup tidak kira manusia atau haiwan.

            Okey, berbalik pada topik yang aku nak perkatakan kat blog aku yang tak sebeberapa ni. Dalam dunia ni ada 48 jenis baka kucing yang dah dikenalpasti. Tu belum campur dengan yang belum dikenalpasti lagi. Yang paling popular of course la baka ‘Persian’ dan ‘Bengal’ (kucing kacuk dengan kucing hutan). Nak beli memang taklah, lagi-lagi kucing baka ‘Bengal’. Bagi aku pulak, aku suka baka ‘Maine Coon’. Lasak,cantik,manja berpada-pada dan aku berazam nak cari satu kucing baka tu untuk dibela dan disayang (ahakkkss). Meh kat baca kat bawah ni aku senaraikan baka-baka kucing yang ada:

  • Persian -
  • Siamese
  • Maine Coon
  • American shorthair
  • Burmese(Burma pun hado)
  • British Shorthair
  • Exotic Shorthair
  • Ragdoll
  • Bengal
  • Abyssinian
  • Sphynx (Yang ni salah satu tuhan zaman Firaun,kalau x silap)
  • Russian Blue
  • Oriental Shorthair
  • Cornish rex
  • Manx
  • Norwegian Forest Cat
  • Scottish Fold ( haaa,yang ni paling comel bagi aku)
  • Turkish Agora
  • Japanese Bobtail
  • American Bobtail
  • Egyptian Mau
  • Siberian
  • Savannah
  • Muchkin ( yang ni pun termasuk dalam golongan paling comel)
  • Birman
  • Devon Rex
  • Himalayan
  • Chartreux
  • Turkish Van
  • Bombay
  • Balinese
  • Somali
  • Singapura (apesal aku pun baru tau ade baka Singapore ni!!!)
  • European Shorthair
  • Ocicat
  • Korat
  • Dwarf Cat
  • Ragamuffin
  • Tonkinese
  • Snowshoe
  • American Curl
  • Pixie-Bob
  • Toyger
  • Donskoy
  • Aegean Cat
  • Cymric
  • Havana Brown
  • Selkirk Rex
  • Javanese
  • Peterbald


Semua yang ada dalam list kat atas korang boleh ke www.google.com (hahaha…always). Apa-apapun, sayangilah haiwan-haiwan dan bukan hanya sesame manusia, kerana mereka jugak makhluk Allah s.w.t











Merah Menyala Oh Jantungku

            Warna merah, warna yang menjadi kegilaan aku pada masa ni. Sarung HP warna merah, sarung access pass pun warna merah, kasut PUMA Rm10.00 pun warna merah (Puma Ori ye,diorang nak clearance barang sebelum kedai renovation) dan banyak lagilah barang-barang warna merah termasuk baju-baju. Ye lah,peminat Arsenal la katakan. Ade jugak orang yang tak suka warna merah ni. Yelah,lain orang lain perangai lain citarasanya. Aku pun bukan semua jenis warna merah aku suka. Memilih jugak. Paling aku suka warna merah hati dan merah darah.

            Dan di sini aku nak kongsikan beberapa maklumat tentang penggemar warna merah ni. Seorang yang cerdas (patutlah sekarang ni aku rasa semangat nak bersukan jek..hahhaa..poyo), berani dan vocal (aku x berapa pasti ape yang dimaksudkan dengan vokal, maybe lantang bersuara kot). Penggemar warna merah juga suka berada di tengah kebanyakkan orang dan sangat suka menjadi pusat perhatian. Suka juga berpetualang dan tak suka ditentang (aku bukan jenis yang ini. Itu yang aku pasti. Heh). Penggemar warna merah biasanya juga seorang yang tegas, memeliki keperibadian yang cemerlang, kepimpinan yang kuat (aku macam tak jek), punya semangat yang tinggi (yesss,semangat yang tinggi dalam aspek makanan), jiwa sosialnya tinggi dan menyukai koneksi dengan banyak orang (yang ni aku setuju banget). Penggemar juga adalah jenis yang senang dengan kesibukkan yang memerlukan tenaga yang tinggi seperti berbicara, presentation, dan membuat koneksi yang baru (ohhhh,this is so me la I tell you alls. Nak-nak lagi aku ni kerja customer service memang padan la). Sumber: https://id-id.facebook.com/faktapsikologi/posts/467365870025101


            Warna merah juga membawa maksud kekuatan,ghairah,keberanian,penting,keinginan yang tinggi,kelajuan,cinta hati dan ketenangan dan kalau kita melihat warna merah cukup untuk membuatkan jantung berdegup dengan lebih cepat daripada biasa (so,hati2 la para wanita diluar sana. Patut orang tua x bagi pakai baju merah kalau lalu depan lembu/kerbau…hahahha)

            Kepada yang menghidap penyakit Insomnia atau kegelisahan melampau, anda semua tidak digalakkan mengecat bilik tidur anda dengan warna merah ye, kerana warna merah boleh menyebabkan penyakit anda lagi teruk (fakta ni tak tahu betol atau tidak sebab iolls baca kat internet jek). So,meminati merah ni ada baik dan ada buruknya.


Sekian la uolls…

Thursday, May 22, 2014




                                                                      FA CUP 2014


               Yes, seperti yang semua kawan-kawan  aku ketahui, aku memang peminat dan penyokong Kelab Arsenal pimpinan teraju utama Abah Arsene Wenger dan pemain-pemainnya yang sangat berbakat iaitu Lukasz Fabianski (21 goalkeeper), Bacary Sagna, Per Mertesacker,Laurient Koscielny, Kieran Gibbs, Mikel Arteta, Aaron Ramsey, Santi Cazorla, Mesut Ozil, Lukas Podolski, Olivier Giroud, Yaya Sanogo, Thomas Rosicky, Jack Wilshere, Wojciech Szczesny, Thomas Vermaelen, Nacho Monreal, Mathieu Flamini and we also cant forget Theo Walcott and My Bendtner(hah,kuang kuang kuang)...Aku pergi tengok jugak kat mamak dengan Inche Tunang yang buat muka sedey xde teman nak tengok game kat "Arsenal Nesting" iaitu "Herris" Mutiara Damansara ke Damansara Perdana...Aku pun dah confused.

             Malam tu game Arsenal vs Hull City dan aku mengharapkan yang Arsenal akan menang dan membawa pulang that mother FA cup,please...Yang menariknya pasal FA Cup ni, Arsenal boley main sampai final dan sebelum ke final lawan dengan kelab-kelab yang hebat, kalah mati pulak tu...Bila sebut pasal kalah mati aku terkenangkan beberapa kelab top di English Premier League" contohnya macam Manchester United (mekasey Pak Moyes), Liverpool (Suarez ngan Sterling memang power la season ni), Manchester City (awek samir Nasri tu memang tak pueh hati Nasri x main World Cup), Chelsea ( No komen), Everton ( thank God Moyes no longer their Manager...hahha), tak berapa nak bernasib baik...Itu je yang aku boleh katakan...Kang nanti kena BAN pulak aye ni...

           Okay, duduk kat mamak pesan air Kopi O Ais nak bagi mata segar bugar...Maklumlah game pukol 12, yang aku ni pulak baru balik keroje malam...Starting game je aku rasa macam serba tak kena,takut,berdebar,seram sejuk semualah ada...Haaaaaaaaaaadoiiiiii,belum lagi panaskan kasut diorang ni pun terkena sebijik gol dari pihak Hull City...Pastu kena lagi...Aku mula tarak mood nak nengok game sebegini...But still not loose my faith to the player...Half time berlalu macam itu sahaja...Second half time??Yeahhhh,its payback guys,payback...Dan menjadikan mata seri bagi kedua2 belah kelab... Kena main masa tambahan 15/15 minit...Perasaan takut menguasai diri tapi aye buat2 cool kentang jek...Tunang aye menggigil2 dah berpeluh2...Dannnnnn thanks to Aaron Ramsey kerana menjaringkan gol kemenangan untuk Arsenal...huiihh terharu siot..tah la,bola je kot tapi merremang bulu roma tengok diorang ni menang...hahhaha...9 tahun bhai xde menang FA Cup...And this is the time...Victory!!!





My Run for My health

               Hai semua insan terbilang cemerlang dan gemilang... Di Malaysia ni banyak persatuan-persatuan NGO mahupun badan kerajaan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk masyarakat setempat khususnya beliabelia muda tanah air kita... Dan yang menarik minat serta perhatian aku sekarang adalah acara larian merentas desa (katanya) ataupun "Trial Run"...

               Pada minggu yang lepas-lepas iaitu pada 11 Mei 2014, aku dan beberapa orang teman-teman dari satu company iaitu Mid Valley City menyertai sebuah larian amal yang diberi nama "Larian Bomba"... Bayaran sebanyak Rm25 ringgit dikenakan kepada peserta dewasa yang ingin mengambil bahagian... Tetapi kami semua atas 'sponsorship' dari 'company' kami... So free jela... LOL... Tapi yang aku ingin ceritakan kat sini tentang bertapa seronok dan gembiranya wajah-wajah peserta-peserta larian ini... Bersemangat sungguh termasuklah aku dan rakan-rakanku...


                                          Dari Kir : Shafie, Aku, Wan Nurra, Normala & Jerry
















       Run baby run… Ya, bersempena dengan niat aku ingin kuruskan badan, aku mula menyertai beberapa program larian amal ataupun larian merentas desa dan jga mendaki bukit… Tiba-tiba minat itu mendatang dengan sendirinya… Sudah tentu dengan adanya dorongan daripada kawan-kawan yang juga turut sama menyertai program sebegini…


       Aku dan kumpulan dari syarikatku mengambil bahagian dalam larian 10km…Untuk pengetahuan,remaja (bebudak sekolahlah kan) hanya perlu menghabiskan larian sepanjang 7 km sahaja…Daripada Dataran Merdeka,kami dilepaskan dengan bunyi pistol untuk bergerak menuju ke laluan masing-masing…Dan ye lah,aku dan 2 lagi kawanku masuk larian ini untuk berjalan-jalan membuang pandangan dan bukan untuk mengejar hadiah “1st Prize”…Berjalanlah kami bertiga mengharungi segala bukit bukau,highway dan lalu di kawasan rumah orang-orang kaya yang harus ku klasifikasikan rumah mereka macam asrama…ahhahahaha…

       Perjalanan sepanjang 10km ternyata bukanlah sedekat yang aku sangka (penat habaq kat hangpa oiiiii…rasa nak tercabut kepala lutut ngan buku lali…lagi-lagi pulak tang nak bukit…perghhh)… Sebelum dilepaskan tadi,kami masing-masing diberikan satu ‘ribbon’ warna ungu dan kami perlu menghabiskan 5km untuk mendapatkan ‘ribbon’ warna hijau ‘fluorescent’…Kami diwajibkan untuk membawa balik ke garisan penamat…

        Di sepanjang perjalanan kami nak menghabiskan 10km, ramai abang-abang polis traffic berkeliaran menjaga keamanan kami (hahahah…yang penting kebanyakkannya muda dan hensem2)…Tak kurang juga, ada yang berhenti untuk ‘usha’ Kak Nurra…

        Kak Nurra merupakan rakan sekerja aku di bahagian ‘Customer Service’ dan juga merupakan teman berlari dari bulan ‘February’ lepas dalam larian amal yang dianjurkan oleh syarikat dengan kerjasama Estee Lauder…

       Okay, berbalik semula dengan larian aku dengan bomba ni…Penat giler weh aku cakap kat korang...Sendi kat buku lali ni rasa nak tercabut...Sepanjang perjalanan kami melalui rumah-rumah orang kaya yang aku sendiri pun tak pasti rumah ke pejabat ke asrama...Besar sungguh...Dan biasalah hanya mampu melihat, nak memiliki boleh tapi tu aku tak tahu la nak buat kerja haram yang mana satu (hahahhaha...gurau2 je kawan-kawan)

       Pada jarak 2 km je lagi sebelum nak sampai ke "Finish Line", tiba-tiba ada van "Rescue Team" berhenti menawarkan bantuan  nak mengajak kiteorang naik..Oh, minta maaflah, kami nak menghabiskan larian ni walaupun kaki kami tercabut (hahahhaha)...Akhirnya kami pun sampai...Bila sampai jer, nampak orang dah mula bagi hadiah kat pemenang...Orang yang bagi sijil pun dah tak ada kat meja (packing balik dah pah bedah oiii)...Dannnnnnnnnnnnnnnn, Lori MILO... Tapi kena cari orang yang bagi sijil dulu baru beratur amik air milo (kuang kuang kuang)...Dan lepas tu baliklah...

      






Wednesday, May 21, 2014

Burger King

Hari ini,aku dan beberapa rakan sekerja amik keputusan untuk makan tengah hari di ‘Burger King’..yeayyyy…Kelaparan yang amat telah menyebabkan aku mengambil keputusan untuk memilih ‘Burger King’ sebagai destinasi melantak…Dan seperti yang sedia maklum ‘Burger King’ ni memang tempat pilihan ramai…Barisan beratur sangat panjang dan kami membuat keputusan untuk bekerjasama iaitu menyuruh seorang daripada kami untuk beratur dan memesan makanan (hehehehe..nampak tak kat situ permainannya)…

And here it goes, dua dulang burger diangkut dari kaunter bayaran ke meja makan…Aksi-aksi melantak mula berjalan seiring dengan kesejukan penghawa dingin di ‘Burger King”…Alangkah nikmatnya rezeki di bumi Allah ini…Alhamdulillah…

Dan lagi sebenarnya, aku nak ceritakan tentang burger rasaksa…Ya, burger rasaksa Godzilla…Sempena dengan tayangan cerita Godzilla di panggung wayang sekrang, ‘Burger King’ mengambil kesempatan ini untuk mengeluarkan burger yang sehebat namanya…Godzilla Burger…ada single meat, double meat dan triple meat dan semuanya datang dalam satu set beserta dengan kentang goreng dan air berkarbonat(tapi aku x minum air gas. So aku tukar dengan air ‘Heaven & Earth’)…Harganya??? Sudah semestinya mencecah Rm18 untuk yang paling rasaksa…Rasa daging double yang juga disaluti BBQ sos, umppphhh memang mengasyikkan anak tekak…Itulah nikmat sebenar burger di ‘Burger King’…Daging di gril segar dengan potongan sayur yang boleh juga dikatakan segar memang akan membuatkan anda mengalir air mata kesedapan…


Selepas kekenyangan yang amat, berborak sebentar kemudian bergerak untuk pulang ke sarang pekerjaan…




Sunday, May 18, 2014

A Start Over



Yessss...This is come back after a while ago I did not write at  my Blog... This is starting of my new era in my life... Selagi boleh untuk menulis, tulislah... Selagi ada nyawa dikandung badan, karanglah apa sahaja yang berlaku di dalam kehidupan kita seharian... Dan blog aku ini akan aku sajikan pada semua tentang tempat yang pernah aku lawati, makanan yang aku nikmati, aktiviti yang aku sertai dan juga memori yang berlaku dalam kehidupan aku seharian...