Pada minggu yang lepas-lepas iaitu pada 11 Mei 2014, aku dan beberapa orang teman-teman dari satu company iaitu Mid Valley City menyertai sebuah larian amal yang diberi nama "Larian Bomba"... Bayaran sebanyak Rm25 ringgit dikenakan kepada peserta dewasa yang ingin mengambil bahagian... Tetapi kami semua atas 'sponsorship' dari 'company' kami... So free jela... LOL... Tapi yang aku ingin ceritakan kat sini tentang bertapa seronok dan gembiranya wajah-wajah peserta-peserta larian ini... Bersemangat sungguh termasuklah aku dan rakan-rakanku...
Dari Kir : Shafie, Aku, Wan Nurra, Normala & Jerry
Run baby run… Ya, bersempena dengan niat aku ingin kuruskan badan, aku mula menyertai beberapa program larian amal ataupun larian merentas desa dan jga mendaki bukit… Tiba-tiba minat itu mendatang dengan sendirinya… Sudah tentu dengan adanya dorongan daripada kawan-kawan yang juga turut sama menyertai program sebegini…
Aku dan kumpulan dari syarikatku
mengambil bahagian dalam larian 10km…Untuk pengetahuan,remaja
(bebudak sekolahlah kan) hanya perlu menghabiskan larian sepanjang 7
km sahaja…Daripada Dataran Merdeka,kami dilepaskan dengan bunyi
pistol untuk bergerak menuju ke laluan masing-masing…Dan ye lah,aku
dan 2 lagi kawanku masuk larian ini untuk berjalan-jalan membuang
pandangan dan bukan untuk mengejar hadiah “1st
Prize”…Berjalanlah kami bertiga mengharungi segala bukit
bukau,highway dan lalu di kawasan rumah orang-orang kaya yang harus
ku klasifikasikan rumah mereka macam asrama…ahhahahaha…
Perjalanan sepanjang 10km ternyata
bukanlah sedekat yang aku sangka (penat habaq kat hangpa oiiiii…rasa
nak tercabut kepala lutut ngan buku lali…lagi-lagi pulak tang nak
bukit…perghhh)… Sebelum dilepaskan tadi,kami masing-masing
diberikan satu ‘ribbon’ warna ungu dan kami perlu menghabiskan
5km untuk mendapatkan ‘ribbon’ warna hijau ‘fluorescent’…Kami
diwajibkan untuk membawa balik ke garisan penamat…
Di sepanjang perjalanan kami nak
menghabiskan 10km, ramai abang-abang polis traffic berkeliaran
menjaga keamanan kami (hahahah…yang penting kebanyakkannya muda dan
hensem2)…Tak kurang juga, ada yang berhenti untuk ‘usha’ Kak
Nurra…
Kak Nurra merupakan rakan sekerja aku
di bahagian ‘Customer Service’ dan juga merupakan teman berlari
dari bulan ‘February’ lepas dalam larian amal yang dianjurkan
oleh syarikat dengan kerjasama Estee Lauder…
Okay, berbalik semula dengan larian
aku dengan bomba ni…Penat giler weh aku cakap kat korang...Sendi kat buku lali ni rasa nak tercabut...Sepanjang perjalanan kami melalui rumah-rumah orang kaya yang aku sendiri pun tak pasti rumah ke pejabat ke asrama...Besar sungguh...Dan biasalah hanya mampu melihat, nak memiliki boleh tapi tu aku tak tahu la nak buat kerja haram yang mana satu (hahahhaha...gurau2 je kawan-kawan)
Pada jarak 2 km je lagi sebelum nak sampai ke "Finish Line", tiba-tiba ada van "Rescue Team" berhenti menawarkan bantuan nak mengajak kiteorang naik..Oh, minta maaflah, kami nak menghabiskan larian ni walaupun kaki kami tercabut (hahahhaha)...Akhirnya kami pun sampai...Bila sampai jer, nampak orang dah mula bagi hadiah kat pemenang...Orang yang bagi sijil pun dah tak ada kat meja (packing balik dah pah bedah oiii)...Dannnnnnnnnnnnnnnn, Lori MILO... Tapi kena cari orang yang bagi sijil dulu baru beratur amik air milo (kuang kuang kuang)...Dan lepas tu baliklah...





No comments:
Post a Comment