Merah
Menyala Oh Jantungku
Warna merah, warna yang menjadi
kegilaan aku pada masa ni. Sarung HP warna merah, sarung access pass pun warna
merah, kasut PUMA Rm10.00 pun warna merah (Puma Ori ye,diorang nak clearance
barang sebelum kedai renovation) dan banyak lagilah barang-barang warna merah
termasuk baju-baju. Ye lah,peminat Arsenal la katakan. Ade jugak orang yang tak
suka warna merah ni. Yelah,lain orang lain perangai lain citarasanya. Aku pun
bukan semua jenis warna merah aku suka. Memilih jugak. Paling aku suka warna
merah hati dan merah darah.
Dan di sini aku nak kongsikan
beberapa maklumat tentang penggemar warna merah ni. Seorang yang cerdas
(patutlah sekarang ni aku rasa semangat nak bersukan jek..hahhaa..poyo), berani
dan vocal (aku x berapa pasti ape yang dimaksudkan dengan vokal, maybe lantang
bersuara kot). Penggemar warna merah juga suka berada di tengah kebanyakkan
orang dan sangat suka menjadi pusat perhatian. Suka juga berpetualang dan tak
suka ditentang (aku bukan jenis yang ini. Itu yang aku pasti. Heh). Penggemar
warna merah biasanya juga seorang yang tegas, memeliki keperibadian yang
cemerlang, kepimpinan yang kuat (aku macam tak jek), punya semangat yang tinggi
(yesss,semangat yang tinggi dalam aspek makanan), jiwa sosialnya tinggi dan
menyukai koneksi dengan banyak orang (yang ni aku setuju banget). Penggemar
juga adalah jenis yang senang dengan kesibukkan yang memerlukan tenaga yang
tinggi seperti berbicara, presentation, dan membuat koneksi yang baru
(ohhhh,this is so me la I tell you alls. Nak-nak lagi aku ni kerja customer
service memang padan la). Sumber: https://id-id.facebook.com/faktapsikologi/posts/467365870025101
Warna merah juga membawa maksud
kekuatan,ghairah,keberanian,penting,keinginan yang tinggi,kelajuan,cinta hati
dan ketenangan dan kalau kita melihat warna merah cukup untuk membuatkan
jantung berdegup dengan lebih cepat daripada biasa (so,hati2 la para wanita
diluar sana .
Patut orang tua x bagi pakai baju merah kalau lalu depan lembu/kerbau…hahahha)
Kepada yang menghidap penyakit
Insomnia atau kegelisahan melampau, anda semua tidak digalakkan mengecat bilik
tidur anda dengan warna merah ye, kerana warna merah boleh menyebabkan penyakit
anda lagi teruk (fakta ni tak tahu betol atau tidak sebab iolls baca kat
internet jek). So,meminati merah ni ada baik dan ada buruknya.
Sekian la uolls…

No comments:
Post a Comment