Friday, May 23, 2014

Kucing Kucing









Puss in Boots (Kucinglah kan)

            Seperti yang korang baca dan lihat kat profile aku (kalau tertengoklah), aku ni peminat tegar kucing. Apa-apa jenis kucing pun aku minat. Ada bulu ke, tak ada bulu ke asalkan namanya kucing memang aku adalah peminat setia. Pernah sekali aku bela banyak kucing kat rumah. Sayang punya pasal sangup tido sebilik, makan sepinggan dengan kucing-kucing aku. Kalau nak tanya pasal calar balar kat tangan tu, tak payah cerita la. Tiap-tiap hari ada je tanda kawasan kat mana-mana bahagian tangan, kaki dan muka aku. Walaupun begitu, aku seronok.  Terasa macam tenang sangat bila dapat pegang bulu kucing-kucing aku yang lembut, bila tengok aksi dan gelagat yang lucu-lucu dan rasa puas bila tengok kucing-kucing membesar dengan sihat. Tapi bila tiba time kucing-kucing aku pergi mengahadap Ilahi, rasa sedih tu tak dapat dibayangkan sampai tak boleh nak menangis (mcm mana tu,sedih tapi x boleh nak menangis). Beginilah kitaran hidup tidak kira manusia atau haiwan.

            Okey, berbalik pada topik yang aku nak perkatakan kat blog aku yang tak sebeberapa ni. Dalam dunia ni ada 48 jenis baka kucing yang dah dikenalpasti. Tu belum campur dengan yang belum dikenalpasti lagi. Yang paling popular of course la baka ‘Persian’ dan ‘Bengal’ (kucing kacuk dengan kucing hutan). Nak beli memang taklah, lagi-lagi kucing baka ‘Bengal’. Bagi aku pulak, aku suka baka ‘Maine Coon’. Lasak,cantik,manja berpada-pada dan aku berazam nak cari satu kucing baka tu untuk dibela dan disayang (ahakkkss). Meh kat baca kat bawah ni aku senaraikan baka-baka kucing yang ada:

  • Persian -
  • Siamese
  • Maine Coon
  • American shorthair
  • Burmese(Burma pun hado)
  • British Shorthair
  • Exotic Shorthair
  • Ragdoll
  • Bengal
  • Abyssinian
  • Sphynx (Yang ni salah satu tuhan zaman Firaun,kalau x silap)
  • Russian Blue
  • Oriental Shorthair
  • Cornish rex
  • Manx
  • Norwegian Forest Cat
  • Scottish Fold ( haaa,yang ni paling comel bagi aku)
  • Turkish Agora
  • Japanese Bobtail
  • American Bobtail
  • Egyptian Mau
  • Siberian
  • Savannah
  • Muchkin ( yang ni pun termasuk dalam golongan paling comel)
  • Birman
  • Devon Rex
  • Himalayan
  • Chartreux
  • Turkish Van
  • Bombay
  • Balinese
  • Somali
  • Singapura (apesal aku pun baru tau ade baka Singapore ni!!!)
  • European Shorthair
  • Ocicat
  • Korat
  • Dwarf Cat
  • Ragamuffin
  • Tonkinese
  • Snowshoe
  • American Curl
  • Pixie-Bob
  • Toyger
  • Donskoy
  • Aegean Cat
  • Cymric
  • Havana Brown
  • Selkirk Rex
  • Javanese
  • Peterbald


Semua yang ada dalam list kat atas korang boleh ke www.google.com (hahaha…always). Apa-apapun, sayangilah haiwan-haiwan dan bukan hanya sesame manusia, kerana mereka jugak makhluk Allah s.w.t





No comments:

Post a Comment