Wednesday, May 21, 2014

Burger King

Hari ini,aku dan beberapa rakan sekerja amik keputusan untuk makan tengah hari di ‘Burger King’..yeayyyy…Kelaparan yang amat telah menyebabkan aku mengambil keputusan untuk memilih ‘Burger King’ sebagai destinasi melantak…Dan seperti yang sedia maklum ‘Burger King’ ni memang tempat pilihan ramai…Barisan beratur sangat panjang dan kami membuat keputusan untuk bekerjasama iaitu menyuruh seorang daripada kami untuk beratur dan memesan makanan (hehehehe..nampak tak kat situ permainannya)…

And here it goes, dua dulang burger diangkut dari kaunter bayaran ke meja makan…Aksi-aksi melantak mula berjalan seiring dengan kesejukan penghawa dingin di ‘Burger King”…Alangkah nikmatnya rezeki di bumi Allah ini…Alhamdulillah…

Dan lagi sebenarnya, aku nak ceritakan tentang burger rasaksa…Ya, burger rasaksa Godzilla…Sempena dengan tayangan cerita Godzilla di panggung wayang sekrang, ‘Burger King’ mengambil kesempatan ini untuk mengeluarkan burger yang sehebat namanya…Godzilla Burger…ada single meat, double meat dan triple meat dan semuanya datang dalam satu set beserta dengan kentang goreng dan air berkarbonat(tapi aku x minum air gas. So aku tukar dengan air ‘Heaven & Earth’)…Harganya??? Sudah semestinya mencecah Rm18 untuk yang paling rasaksa…Rasa daging double yang juga disaluti BBQ sos, umppphhh memang mengasyikkan anak tekak…Itulah nikmat sebenar burger di ‘Burger King’…Daging di gril segar dengan potongan sayur yang boleh juga dikatakan segar memang akan membuatkan anda mengalir air mata kesedapan…


Selepas kekenyangan yang amat, berborak sebentar kemudian bergerak untuk pulang ke sarang pekerjaan…




No comments:

Post a Comment